Duit Internet

Friday, August 21, 2009

Tatacara Jawab Telifon Paling Kerek

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).
.
.
. 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
.
. 2. Soalan: haloo, siapa disana?
. Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
.
. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
.
. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
. Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
.
. 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
.
. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
.
. 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
.
. 9. Soalan: halloo... ...
. Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
.
. 10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
. Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
.
. 11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
.
. 12. Soalan: assalammualaikum...
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
. jawab)

Mengapa Perlu Kawin

Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ", jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!" Kata Udin dengan girang.

"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak... sebenarnya gatal depan... .

Thursday, August 20, 2009

Kisah Kura-Kura

Pada suatu hari, ada 3 ekor Kura-kura hendak pergi berkelah
bersama-sama. Kura-kura pertama membawa makanan, Kura-kura kedua membawa
minuman, sedangkan Kura-kura ketiga tidak membawa apa-apa pun.


Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga
mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di
antara mereka.


kurakura Kisah Kura Kura


Kura-kura I: “Ermmm….. salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik
payung. Siapa yang nak pergi ni?”


Kura-kura I dan II saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kura-kura
III.


Kura-kura III: “Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini
lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua.”


Kura-kura I & II: Eh Taklah. “Kita orang tunggu sampai engkau datang.”


Kura-kura III: “Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?”


Kura-kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”


Kura-kura III: “Kalau 3 jam?”


Kura-kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”


Kura-kura III: “Kalau 1 hari?”


Kura-kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”


Kura-kura III: “3 hari?”


Kura-kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”


Kura-kura III: “5 hari?”


Kura-kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”


Kura-kura III: “1 minggu?”


Kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”


Kura-kura III: “2 minggu?”


Kura-kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah.”


Dengan berat hati, akhirnya Kura-kura III pun berangkat. Kura-kura I & II
menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu.
Kura-kura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kura-kura I & II
sudah tidak dapat menahan lapar.


Kura-kura I : “Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je laaaah.”


Kura-kura II: “Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni.”


Tiba-tiba Kura-kura III muncul dari semak dan berseru “Hoi! Nasib baik aku
belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan?

kan?!!!”


Kura-kura I & II : ” @#$%^& !”

Wednesday, August 19, 2009

Tip elak bau badan

Masalah bau badan mungkin berbeza dalam diri setiap individu. Jika kamu fikir bau badan anda biasa saja, orang lain mungkin mempunyai pandangan berbeza. Sehubungan itu, anda perlu peka dengan persekitaran dan cuba patuhi tip berikut...

1. Tukar baju dengan kerap dan jangan biarkan baju basah mengering pada tubuh kamu. Bawa pakaian tambahan jika kamu bersukan.

2. Pakai baju longgar yang diperbuat daripada material kapas. Ia akan mengelak kamu banyak berpeluh.

3. Mandi dengan kerap. Jika kamu mandi sekali sehari, ia tidak mungkin mencukupi. Mandi sekali pada waktu pagi dan petang. Ini akan membuatkan kamu berbau wangi dan segar.

4. Selesai mandi, pastikan badan dikeringkan.

5. Gunakan deodoran dan kolon wangi. Kolon yang berbau ringan boleh disembur dengan jumlah sedikit.

6. Basuh baju kamu dengan sabun yang wangi. Biar baju kering sepenuhnya sebelum dipakai semula. Ini akan memberikan kamu bau wangi dan bersih sepanjang hari.

Hindar bau...

BAGI memastikan badan terhindar daripada bau kurang menyenangkan, penggunaan deodoran dan kolon adalah jawapan terbaik. Di pasaran, pelbagai jenis dan jenama deodoran mampu membantu lelaki mengatasi masalah bau badan.

Selain jenis stik, krim, semburan dan bebola, deodoran tampil dengan pelbagai kandungan bagi membolehkan penggunanya merasa selesa. Biarpun terdedah dengan persekitaran dan aktif sepanjang hari, deodoran mampu menjadikan lelaki lebih berkeyakinan.

Bagi yang menggemari deodoran jenis krim, Kiehl's Superbly Efficient Anti Perspirant & Deodorant Cream adalah pilihan terbaik. Produk ini dikatakan mampu melindungi masalah bau badan selama 24 jam.

Tidak sekadar menjadikan badan lebih segar dan wangi, deodoran jenis krim ini membolehkan kulit menjadi lebih lembut dan tidak meninggalkan sebarang kesan pada pakaian seperti produk lain.

Biotherm Homme Day Control Deodorant Roll-On pula boleh menjadi alternatif jejaka yang menggemari deodorant bebola. Biarpun lebih banyak deodoran jenis stik dipasarkan, penggemar deodoran bebola ada alasan tersendiri memilih produk ini. Apa kata anda mencubanya?

Tidak sekadar memiliki aroma pewangi, stik deodoran Emporio Armani Diamonds for Men juga bebas kandungan alkohol untuk jejaka muslim. Umpama menyembur parfum, begitulah yang dirasa jejaka yang menggunakan produk ini.

Bagi lelaki yang tidak mempunyai masalah bau badan tetapi mahu menggunakan deodoran, stik deodoran Acqua Di Gio mungkin menjadi pilihan terbaik. Produk ini juga bebas alkohol.

Jenama Ralph Lauren pula tampil dengan pelbagai deodoran berkonsepkan haruman. Ralph Lauren Polo Blue Vitamin Enriched, Ralph Lauren Polo Black dan Ralph Lauren Romance Men - masing-masing bebas alkohol dan memiliki haruman menyegarkan.

Tuesday, August 18, 2009

Jika ditanya mahu memilih agama atau bangsa...

Mula-mula baca yang ni -

Wasiat Raja-Raja Melayu.

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

* Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
* Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.
* Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan.
* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.
* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Baca pula yang ini -

Wasiat Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Kenapa Puak-puak "sebelah sana" nak kecoh sangat dengan wasiat dekat atas tu sedangkan wasiat yang dekat bawah tu pulak dibuat-buat lupa...

Mana lebih penting..? "Bangsa" atau "Agama"..?

Tepuk dada... tanya Iman...